Wednesday, 6 April 2011

Sejarah Penubuhan Prasekolah SKTJ

SEJAR AH PENUBUHAN

 
             Di bawah program perluasan kelas Prasekolah bagi Tahun 2007, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah terpilih dengan membuka 2 buah kelas Prasekolah.Pembinaan projek Prasekolah mula dijalankan selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2006.
             Kelas Prasekolah telah bermula pada awal sesi persekolahan 2007.Sambutan ibubapa/penjaga untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas ini agak baik.Seramai 43 orang murid telah memohon untuk mengikuti program Prasekolah di SK Tok Jiring.Kelas siap dibina dan boleh diduduki pada awal bulan Februari 2007.Sementara menantikan kelas siap sepenuh,P&P dijalankan di Bilik Pemulihan.
             SK Tok Jiring merupakan sebuah sekolah yang sering menjadi pilihan masyarakat di sekitar Kuala Terengganu Utara kerana kecemerlangan akademiknya.Oleh sebab itulah,permohonan Kanak-kanak ke Prasekolah SKTJ mendapat sambutan yang menggalakkan.Dari tahun 2008 hingga 2010 permohonan kanak-kanak telah meningkat kepada 50 orang dan memenuhi kapasiti sebuah kelas prasekolah dengan 25 orang murid per kelas.
             Sekali lagi, SK Tok Jiring telah membuka kelas Prasekolahnya yang ketiga,di bawah Program Perluasan Kelas Prasekolah bagi Tahun 2011 .Kini murid Prasekolah SKTJ telah bertambah kepada 75 orang murid bagi 3 buah kelas.

No comments:

Post a Comment